Jumaat, 4 November 2011

OVERDRAF


Overdaraf merupakan suatu alat yang boleh dimanipulasikan,sayangnya sekarang kalau nak buat OD kena daftar syarikat.Jom kita sama2 refresh balik..pada yang dah ada OD mintak bantu dan kasi faham new comer apa itu OD sebenarnya.( klu boleh new comer semak post lama2 dalam team OD)

1) OD adalah singkatan perkataan dari OverDraf.

2) OD adalah satu kemudahan dimana bank membenarkan pengeluaran wang melalui cagaran ASB/ASW

3) Interest akan di-caj keatas jumlah wang yang telah digunakan dan dikira berdasarkan daily rest.

4) Urusan boleh dibuat melalui ATM, buku cek atau online banking.

Ramai antara kita sebenarnya adalah orang yang rugi kerana lambat ketahui RAHSIA OD ini..

Sebelum ini ramai beranggapan yang OD nie adalah untuk kegunaan orang bisnessman, kontraktor dan untuk orang cina sahaja...sedih bila kita pikirkan perkara nie..

Sebenarnya kita tak perlu jadi seorang BISNESSMAN@KONTRAKTOR untuk mebuat OD nie..kita hanya perlukan SEKEPING SIJIL ASB yang perlu di cagarkan dengan pihak bank dan bank akan bagi kita OD dengan nilai OD 90%@95% dari nilai sijil yang kita cagarkan..senang jer...

APA BEZA KLU TAK BUAT OD NGAN BUAT OD ?

TIDAK BUAT OD

Aku bagi contohlah..anggapkan ko ada 30k cash

Ko masukkan 30k dlm ASB dan dalam setahun ko dah korek ASB balik tuk belanja 20k tinggal 10k..

So dividen akan dikira base pada 10k sahaja ( dividen kecil2 kira sendiri)

Dividen ASB dikira

10k x 7% = RM 700

KLU BUAT OD

Ko ada 30k yang sama dan masukkan ASB dan jadikan duit 30k tu ke OD

Ko belanja dgn korek ASB dalam setahun 20k tinggal 10k

So dividen dikira base pada 30k JUGAK bukan pada 10k

30k x 7% = RM 2,100

So kengkawan yg new comer leh tgklah kelebihan pakai OD..

STEP BUAT OD

stepnya:-

1) ok kita andaikan modal dah ada dalam 15k ( tak kiralah dari simpanan sendiri ataupun personal loan).

2) lepas kita masukkan 15k tu dalam akaun ASB kita sendiri

3) lepas tu kita pergi PNB terdekat dan beritahu awek comel kat cna kita nak buat sijil ASB dengan 15k tadi..pastu kita akan isi borang dan tulislah kita nak buat sijil tuk 15k tersebut, kita akan di panggil ke kaunter dan banker akan buat sijil kita tu.

4) kita dah berjaya dapatkan sijil ASB dengan nilai 15k

5) pastu kita pegi ke bank RHB dengan bawa siji ASB 15k tadi..

6) kita cakap ngan banker RHB nak buat OD dengan cagar sijil ASB kita..bank akan proses permohonan kita..

7) sijil ASB kita akan di tinggalkan di bank sebagai cagaran membuat OD..

biasanya permohonan akan makan masa 3 minggu hingga 4 minggu ikut banker..

8) dapat kelulusan dari bank n dia akan call kita tuk sain dokumen..

9) bank akan beri kita 3 perkara :

A) buku cek

B) kad ATM

C) kad internet banking ( tp sekarang sudah tiada )

10) apabila duit OD dah masuk dalam current acc kita..kita lehlah gunakan seperti yang di 'plan' kan..

Emmm...OD leh di buat di 3 bank iaitu:-

1) RHB Bank ( BLR-1%)

2) CIMB Bank ( BLR – 1.65% )

3)Maybank ( BLR+1%)

Sebenarnya bila dah ada OD kita kena pilih teknik mana kita nak buat..

Kita kena ada planing..

Mcm maner OD kita nak bayar?? Caranya adalah dari

1) Duit gaji masukkan dalam OD semua( dikira dah bayar dalam OD) lepas masuk baru kuarkan tuk belanja..

2) Site income yg kita dapat contoh sewa rumah

3) Bonus gaji

4) Utung jualan emas

5) Dividen ASB

6) Dividen ASW

7) Dividen ASD anak2

8) Dividen KPF

9) Duit jumpa pun boleh masuk dalam OD

10) etc

..Ini semua masukkan dalam OD..(dikira ko dah bayar OD)

Post ini dipetik daripada forum team overdraf.Sekadar rujukan dan untuk makluman nak buat OD sekarang kena daftar syarikat sebab polisi bank dah berubah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan