Jumaat, 4 November 2011

BUAT PILIHAN BIJAK


Apa jua portfolio ada kelebihan dan kekurangan. takde yg sempurna 100%. ni ada beberapa senarai portfolio yg aku boleh kongsi dia punya kelebihan dan kekurangan:

EMAS

ramai org kata emas adalah pelaburan alternatif dan nilainya naik dan naik. pernah berlaku dalam sejarah dalam tahun 70'an tak silap aku yg mana nilai emas berada dalam keadaan 'stagflasi' atau statik. walaupun ada kelemahan tapi aku tetap simpan.

UNIT TRUST

pelaburan paling selamat. yang x best kalau jenis melabur sikit2. tak begitu nampak hasilnya. yg syok org kayalah. tapi harus diingat... jika keadaan inflasi tinggi pada masa tu, maka kecik la dividennya. aku x masuk lagi tapi dah ramai org offer.

MLM

MLM dalam perkataan indahnya bermaksud 'Meet, Learn, Multiply'. yang tak indah tu lagi banyak drp indah. tapi ramai org dan hampir majoriti bagi komen yg negatif drp positif. sebagai cth apa yg terjadi pada gelang ACK baru2 ni. apabila byk maklumat negatif berlegar2 dlm internet, secara tak langsung mewujudkan persepsi di kalangan masyarakat. secara automatik sikap berfikir rasional tu hilang dalam masyarakat. aku dah buat macam2 jenis MLM tapi sekarang aku dah letih. mungkin bukan rezeki kot...

INSURANS

meniaga kertas! hahaha! dgn sehelai kertas anda boleh jadi jutawan! ini memang diakui. banyak sykt insurans offer produk yg ada pelaburan. jgn terlalu percaya kata2 indah seorang ejen. cukuplah sekadar mendengar kata2 indah tu di gerai bawak pokok aje. hehehe... nak dengar citer politik, ekonomi, bisnes itu ini, bolehlah dibuat kawan. nasihat aku ambillah polisi perlindungan yg paling minima mengikut tahap risiko anda. aku hanya ambil polisi MAA je RM30k cuma RM70 je. sebab tu aku tak heran banyak sykt insurans insurans bina bangunan wisma yg besar2 hasil drp sumbangan anda tiap2 bulan!

SAHAM

yang ni aku tak berapa terrer sgt nak jelas tapi setau aku bergantung pada pengurusan sesebuah syarikat. pengurusan+fundamental+spekulatif=untung atau rugi. aku tengah xplore buat masa ni. kalo ada member nak share, ajak le aku skali... hehehe...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan