ZAKAT EMAS

Baru-baru ini saya ada membuat pertanyaan kepada Pusat Zakat Selangor.Pertanyaan melalui email tentang status layak zakat untuk emas yang diperolehi dan dipajak.Ini antara persoalannya :

Assalamualaikum,saya ingin bertanya mengenai emas yang diperolehi tetapi dipajak di bank.Emas yang melebihi 85gram dan layak dikenakan zakat,
1-bilakah masa emas tersebut akan perlu dizakatkan.
2-jika emas tersebut telah dizakatkan bilakah pula tarikh zakat berikutnya?
3-Seandainya emas tersebut ditebus kemudiannya dipajak semula adakah ia perlu juga dizakatkan?

Kemudiannya Pusat zakat telah menerangkan kepada saya :

Waalaikumussalam wrh wbt
Terima kasih kerana menghubungi PPZ. Emas yang diperolehi dan dipajakkan tidak dikenakan zakat selagi ia berada di kedai pajak. Berikut ialah jawapan kepada persoalan tuan:-
Emas yang melebihi 85gram(Bagi emas yang disimpan cukup tempoh setahun) dan layak dizakat.
1. Masa emas tersebut perlu dizakatkan apabila ia telah cukup haul(tempoh) iaitu setahun. 
2. Setahun selepas tuan mengeluarkan zakat keatas emas tersebut. Contoh, jika tuan telah mengeluarkan zakat pada Mac 2008, maka Mac 2009 adalah waktu tuan perlu keluarkan zakat lagi. ATAU jika tuan mengeluarkan zakat emas itu ketika bulan ramadhan maka bulan ramadhan berikutnya tarikh zakat berikutnya.
3. sekiranya emas tersebut di tebus dan dipajakkan semula dan tempoh emas tersebut berada didalam simpanan tuan tidak cukup setahun maka tuan tidak dikenakan zakat keatas emas tersebut kerana ia belum cukup haul. 
Zakat wajib ditunaikan apabila cukup syarat-syarat berikut:-
1. ISLAM
2. Merdeka
3. Sempurna milik - (cth: jika emas tersebut berada dikedai pajak, maka ia tidak sempurna milik tuan.)
4. Cukup nisab - ( berat timbangan emas yang disimpan melebihi 85gram dan dipakai melebihi 150gram)
5. Cukup haul. - ( tempoh selama setahun)
Sekian, Terima Kasih.
Wassalam
AMINATUL AIMAN MAT AMIN
Unit Khidmat Pelanggan
Pusat Pungutan Zakat MAIWP
1 300 88 5757
F : +603-9289 5759
E : callcenter@zakat.com.my
W : www.zakat.com.my
Fb : http://facebook.com/zakat.my
SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA 1431H "Ramadhan Kareem"
Untuk Renungan  Bersama, Firman Allah SWT yang bermaksud:
"Bandingan orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan ALLAH, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh mengeluarkan tujuh tangkai, tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), ALLAH akan melipatgandakan ganjaran bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan ALLAH Maha Luas (Rahmat) kurniaNya,lagi meliputi pengetahuanNya."
(Surah Al-Baqarah: Ayat 261)
"Berzakat Menyucikan Harta Dan Jiwa"
Jadi x perlulah kita nak pening sgt lepas ni bab zakat emas ni.Tetapi mungkin di negeri lain syaratnya lain x dapat plak dipastikan.Tu kena tya sendiri.Harap maklum.
Waalaikumussalam wrh wbt
Terima kasih kerana menghubungi PPZ. 
Sekian, Terima Kasih.
Wassalam
AMINATUL AIMAN MAT AMIN
Unit Khidmat Pelanggan
Pusat Pungutan Zakat MAIWP
1 300 88 5757
F : +603-9289 5759
E : callcenter@zakat.com.my
W : www.zakat.com.my
Fb : http://facebook.com/zakat.my
SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA 1431H "Ramadhan Kareem"
Untuk Renungan  Bersama, Firman Allah SWT yang bermaksud:
"Bandingan orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan ALLAH, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh mengeluarkan tujuh tangkai, tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), ALLAH akan melipatgandakan ganjaran bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan ALLAH Maha Luas (Rahmat) kurniaNya,lagi meliputi pengetahuanNya."
(Surah Al-Baqarah: Ayat 261)
"Berzakat Menyucikan Harta Dan Jiwa"